Tuesday, December 28, 2010

INTERVIEW SPA

entry untuk kenang-kenangan di hari tua.

4 januari 2011 ada interview SPA.
nervous dalam hati. dalam hati je la sebab tu sampai sekarang belom study lagi.HAHA
common medical cases pon belum sentuh lagi ni.dush dush *hantuk-hantuk kepala kat dinding*
pengetahuan am pulak macam nyawa-nyawa ikan je. hari-hari bace newspaper tapi terus pegi kat bahagian hiburan, tengok gossip artis tu artis ni. ishk ishk..

ok sy cuba pegi study sekarang

Monday, December 27, 2010

SAYA SUKE BATIK TERENGGANU

wallaaa...
punyalah planning nak holiday kat india la,brisbane la..tapi last-last cuti cuti malaysia jugak.
kite haruslah berbangga menjadi warganegara malaysia *tolong kasi laser sket*
orang negara lain punyalah nak holiday ke malaysia, yang bukan holiday pun ade.sampai berjuta-juta warganegara asing melancong dan melencong ke sini. *laser lagi plis*
balik kepada pangkal jalan, cuti-cuti malaysia adalah best taw!kenapa?

pertama,sebab tak perlu nak pegi usha rate duit

kedua,tak perlu nak belajar basic language negara lain

ketiga dan yang paling penting, JIMAT!!
uish kalau bab jimat cermat ni memang suke la kan.

mule-mule nak ikot arina aliaa si BFF pegi brisbane. tapi mengenangkan sekarang summer(but i believe weather kat sana still best) and takot rushing dengan interview SPA,terpaksa la sy cancel. lagipon ayah bukan main semangat lagi ajak pegi Bangalore.

ok,macam confirm la kan nk pegi Bangalore haritu.anyways, adik saya Nabihah study kat sana. die pon amek medic,still in 3rd year. nabihah sanggup tidak pulang ke tanah air walaupun rakan-rakan serumahnya berpusu-pusu pulang ke Malaysia. semua itu semata-mata kerana family nak datang holiday ke sana.berikan tepukan gemuruh untuk adik saya.
ok sekarang background music bertukar menjadi sedih.. disebabkan planning nak pegi india sangat last minute, dengan parents yang workaholic dan saya yang pada waktu itu masih terperap dengan masamnya di Surabaya, dan kami HARUS berada di Kota Bharu pada 27 disember 2010, maka kitorang putuskan tidak jadi pegi India T_____T
macam terlalu mepet(baca: rushing) dengan visa tak buat lagi.
adoy...memang sedih betul.bukan sedih tak dapat pegi India..sedih tak dapat jumpe my sister.

I CAN HARDLY REMEMBER WHEN WAS THE LAST TIME I SAW HER!
bukan cubaan untuk menjadi artis sinetron ye,itu kenyataan.
nasib baik ade gambar, jadi kaklong masih ingat muka adik kesayangan.ok,yang ni drama queen.

begitulah kronologi pokok pangkal cuti-cuti malaysia kitorang.

destinasi yang terpilih : TERENGGANU!
yang pegi : umi,ayah,me,aisyah,amin,nasyitah and amirah


memang dekat. 3 jam sahaja.puas hati betul pegi Pasar Payang (my first time)
banyak betul batik kat sana. rambang mata yang tak rabun ni.
kitorang duk kat felda hotel and then primula resort.
menikmati suasana pantai,makan seafood and keropok terengganu.
tapi sedehnye dok dang makang ice cream goreng! ;p

nak cakap pasal batik terengganu lagi. design die lawa-lawa ooo.. yang kat patung apetah lagi kan. memang aritu beli yang kat patung je. pandainye tuan kedai taruk yang cun-cun kat patung
T___T *melirik ke dompet*

batik malaysia memang the best. batik kelantan pon cantik-cantik. tapi maybe sebab selalu sangat tengok, jadi rasa macam kurang teruja sikit. kadang-kadang tak faham kenapa orang luar berpusu-pusu beli batik kat pasar siti khadijah. maybe itulah perasaan orang terengganu melihat sy begitu teruja dan semangat masuk ke setiap kedai di Pasar Payang, pegang setiap kain kat patung sambil air liur meleleh nak cecah lantai dah. bile tengok harga pulak,cepat-cepat jauhkan diri dari patung-patung tersebut. eh, kene jauh-jauh.kalau tak pegi main jauh-jauh, botak kepala..bukan kepala sy tapi kepala ayah sy ;p
anyway, nak bangga sekejap. berkat 2 tahun belajar kat MRSM Kota Putra Besut, sy agak fasih jugak la berbahasa terengganu. ececehh..tu bagi sy la, bagi korang orang terengganu sy tataw la.jangan-jangan macam orang somalia nak cakap thailand bunyinya. oh whutever, yang penting mase shopping kat pasar payang,sy berjaya menawar setawar-tawarnya sampai makcik kedai tu buat muka nak nangis.hoho maap makcik..sy ambil jugak kan kain tu..olololoo. semoga kedai makcik manis manis selalu ;p

terima kasih Pasar Payang. nanti sy dan adik-adik datang lagi.

dan terima kasih ayah umi sebab bawak pegi jalan-jalan.
ayah umi sy busy taw jadi haruslah berterima kasih sangat2 sebab diorang amek cuti :)


Monday, November 29, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU FALIQ DAN SHARLIZA

kedua mempelai, sama cantik sama padan :)


sha and faliq adalah kawan saya mase belajar kat MRSM dulu
diorang satu kelas but i believe diorang start couple after sekolah.
sweet sangat kan?
bahagianya tengok kawan-kawan dah kahwin :)
bile bukak facebook, makin banyak kawan-kawan yang dah tukar status ke engaged/married.
cuti sekolah la katekan.

kepada faliq and sha,
semoga korang berbahagia ke anak cucu.
kalau dapat anak perempuan, jangan malu-malu nak bagi nama Nadhirah.
haha


Wednesday, November 24, 2010

TAIWAN

amaran : entry ini mengandungi banyak gambar

lame sungguh nak produce entry baru. harini kite buat sesi marathon.
tak mampu nak lari full marathon, buat entry secara marathon pun ok ape. atau mungkin DVD marathon? shopping marathon? movie marathon? marathon makan? *sudah mulai kurang suiman*

nak share cerita sy,umi and adik ke Taipei,Taiwan minggu lepas.
sangat best sebab ni la first time pegi negara belah timur.excited??HARUSLAH!
tapi tak boleh nak excited lebih sebab pegi sana bukan untuk holiday semata-mata
ataupun untuk makan segala angin yang ada.
umi ade seminar, jalan-jalan pun kat area Taipei City sahaja.
tapi ok la tu, orang kate sambil menyelam minum air.orang yang kate eh,bukan nad kate.
gila tak best minum air mase menyelam.
nasib baik trip menyelam-sambil-minum-air kitorang ke Taipei haritu best.

kita mulakan dengan cuaca. biasa sahaja, around 18-22. saya sangat alergik dengan kesejukan dan kepanasan yang melampau. i repeat,yang melampau.tidak suka dan tidak tahan. 18-22 is just nice! :)

Taipei city agak lengang mungkin sebab tak banyak orang dan jalan-jalan kat sana luas.
kalau jalan-jalan kat sana tak payah nk risau terpijak ludah,hingus dan sewaktu dengannya sebab Taipei city sangat bersih.
bak kata umi, lagi bersih dari Birmingham! dog poops pon takde.
dan satu benda yang sangat obvious adalah, orang sana suka pakai scooter. comel-comel pulak tu. macam nak culik bawak balik malaysia satu.err..macam la kat malaysia takde scooter comel :p


baiklah, tempat-tempat yang wajib anda singgah kalau pegi Taipei adalah 101 tower (of course), night market, The eye of taipei, flora expo (until april 2011 sahaja), night market, Wufuyan wholesale market, dan lain-lain *tak sempat nak explore sebab pegi kejap sangat*

best shopping kat sana, nak nak kalau pegi market tu, macam-macam ade.harga berpatutan la.
tapi yang tak berapa bestnye, susah nak cari souvenirs macam keychain, baju i love taiwan, bende-bende kesenian taiwan,etc.
kalau nak beli bende-bende macamtu, i strongly recommend beli kat airport je,banyak!

everyday pegi 101 tower sebab betul-betul kat belakang hotel.
same macam KLCC, kat bawah tu ade 101 mall. and macam kat KL tower, kat atas tu ade observatory dan restoran berputar.
kalau pegi mall 101,hanya mampu window shopping sebab mostly semua labels yang tak mampu nak beli.
dan haritu hilang skill untuk membodek umi :(

public transports..not bad.taxi dimana-mana. petik jari 10 taxi datang.

dan perkara yang paling penting, haruslah tahu basic bahasa mandarin.
at least perkataan-perkataan yang penting sebab orang taiwan, MOSTLY tak boleh cakap english. bukan setakat english, ABC pon diorg tak boleh baca T_T
kalau nak kemana-mana, ktrg mintak tolong orang hotel tuliskan dalam bahasa diorang.
pastu masuk taxi, tunjuk je tulisan tu.
kalau pegi market tu pandai-pandai la buat muke comel kalau penjual duk bantai cakap mandarin ng korang
walaupun dan berbuih mulut cakap "i dont speak mandarin,can u speak english?"

oh ye, mesti ade yang tertanya-tanya pasal makanan halal. kalau pegi China maybe senang sebab banyak muslim.
kat taiwan susah sket sebab tak banyak muslim. kitorang dah prepare dgn roti,megi,biskut yang kitorang bawak dari malaysia dengan harapan nak survive 4 hari dengan makanan tersebut. oh tidak mungkin. lagi-lagi perut saya yang semamangnya "perut nasi" ni. tak tahan. tak boleh . 2nd day dah mintak tolong hotel carikan restaurant halal dan jumpe lah restauran Aaleeja.
paskistani and indian food. nasib baik sedap! :D

sekarang part yang paling best, cuci mata!






susunan gambar yang sangat random sebab malas nak edit-edit.
enjoy~

LESEN MEMANDU SAYA

iklan kata berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

saya kata sebelum berhati-hati di jalan raya, silalah berhati-hati dengan lesen memandu anda.
sebagai pelajar yang belajar kat oversea-lah-sangat kan, terlupa nak renew lesen tu bende biasa.
dulu lupe nak renew sebulan dua sahaja. tapi yang latest punya lesen dah expired selama 2 tahun 3 bulan. lama gila! korang jangan nak tiru.
lesen dah tinggal kat ayah dah tapi lupa nak remind untuk renew.
padahal saya belajar kat indonesia je pun. balik setahun 3-4 kali. cuti pulak pernah sampai 2 bulan lamanya. tapi lesen tak renew. *ketuk kepala*
dengan selamber badak saya kehulu kehilir drive kereta. oh insensitie betul lah saya ni. nasib baik tak pernah kene saman mase tu.

kalau bukan sebab bestfriend saya si azran shariman, sure saya masih berlengah-lengah malas nk renew. haha..tak faham betul dengan diri sendiri.
azran kate ade kawan dia yang belajar kat oversea, lupe nak renew lesen selama 3 tahun dan kawan die kene start balik belajar drive kereta,test JPJ siap dengan exam undang2 skali. omaigad!!
tapi die tak sure batas 3 tahun or 2 tahun. kalau 2 tahun,sah2 saya pon kene macamtu T____T
menggeletar macam nak tercabut kepala lutut mase tu. haaa..baru taw!padan muke sendiri!
pasrah sepasrahnye.

so pagi tadi saya buat muke pasrah pegi JPJ. *naseb baik JPJ dekat je dengan rumah*
oh ye,pegi JPJ drive sendiri pulaktu. pastu parking jauh-jauh sebab takut.
kang kalau tak boleh renew lesen, orang JPJ tanya datang sini naik ape, takkan saya nak jawab drive sendiri kan. kang kalau kene masuk lokap macam mana? *melebih sudah*

ok lah,saya masuk dalam bangunan JPJ, amek number, tunggu 10 minit..

"nombor 1175 sila ke kaunter 3"

dup dap dup dap.

sampai kat kaunter..

"makcik, saya nak renew lesen. tapi lesen saya dah expired 2 tahun"

makcik tu buat muka selamber.

"awak belajar kat mana?"

"saya belajar kat indon"

"haa..nasib baik baru 2 tahun.kalau 3 tahun kene test JPJ lagi tahu tak"

"err..ye saya tau" - padahal baru tau.YES!YES!!melompat-lompat dalam hati sebab tak perlu test JPJ balik.

phew...nasib baikkkk ok! so kepada anda yang membaca entry ini, jangan lupe untuk renew lesen anda.
kepada yang study kat oversea, saya sarankan korang renew untuk 5 tahun terus. tak payah nak pening kepala.
kepada yang insensitive dan tidak takut kepada undang-undang,(seperti saya dulu) sila bertaubat. huhu.alert dengan keadaan sekeliling, alert dengan lesen memandu dan semua bende2 berharga anda.

last but not least, berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang

untuk soal jawab pasal JPJ, boleh klik kat sini
untuk yang lupe renew lesen lebih dari 3 tahun, sila terus klik kat sini

Thursday, October 28, 2010

MERAPI VOLCANO ERUPTED AND TSUNAMI IN MENTAWAI

my very very deep condolence to all who were involved and whom families were involved in both disasters that happened in Indonesia few days ago.
2 disasters happened in 24hours time!mashaALLAH..

tsunami in Mentawai was totally unexpected and there were questions about whether Indonesia's system was working properly since the costly warning systems were already installed across Asia after the deadly 2004 tsunami in Aceh. but i guess even if it did work properly, it's not gonna help much since the10-foot wave struck the Mentawai islands just minutes after a massive earthquake offshore. death toll from the earthquake and the tsunami rose to 408 bodies and 303 people were still missing and feared swept out to sea.

while Mount Merapi is Indonesia's most volatile volcano. it was rocked by an eruption which killed at least 35 people ( i'm not sure the current number tho),most of them had asphyxia and major burns on their bodies and covered in volcanic ash which was more than 300 degree Celsius..can u imagine that? we would scream or even cry if some BBQ ash got to our skin..and it's not even 100 degree.

the least that we can do is pray for their safety.
i'm glad that malaysia has sent helps (food,medicines,etc) to both places.

Friday, October 15, 2010

TUDUNG

seperti yang diketahui umum, fashion tudung memang berkembang pesat. kedai jual tudung/shawl tumbuh macam mushroom! apetah lagi blogshop. saya rase dah berjuta-juta lemon blogshops yang jual shawls and tudung.kalau tudung yang korang berkenan kat satu blogshop dah sold out, korang hanya perlu click click dan click ke blogshop lain untuk mencari tudung pojaan hati korang tu. senang kan? blogshop memang penyebab utama pesatnya perkembangan fesyen tudung di malaysia.

sy dah la study kat Indonesia.it's hard to catch up.
bulan ni balik cuti kat malaysia tengah famous fesyen shawl, 4 bulan kemudian balik malaysia lagi dengan niat nak bergaya pakai shawl tapi hampa sebab semua orang dah bertukar fesyen pakai tudung ariani. pulak daaaaaahhhhh~~~

tapi sebenarnye tak kisah sangat pon.ok la lain dari yang lain.
yang penting itu selesa dan menutup aurat.

pendapat saya pasal jenis-jenis tudung di pasaran?

tudung ariani a.k.a tudung ekspres! simple,takyah pakai brooch.
tapi kalau muke korang kecik seciput,terpakse la gune brooch jugak
me like the plain ones.
sengat sesuai untuk dipakai ke kedai runcit sebelah rumah
or dalam keadaan emergency,
contohnye kalau tibe-tibe pakcik bil air datang mintak hutang.
senang macam pakai stokin kan?
tapi kalau salah pilih tudung ekspres ni boleh membuatkan muke korang nampak bulat semacam.

boleh jugak digayakan dengan shawl macam sy pakai tu. :D
saye suke la tudung ni

shawl/selendang.
shawl telah menjadi pojaan hati sejak ia mulai feymes dulu.
sampai sekarang pakai shawl walaupun jantungmanis cakap muke saya bulat macam bola kalau pakai shawls.
hello,cuba kalau awk yang pakai.. mesti macam belon :p
suke shawl sebab takyah "tiup tiup"
u get what i mean kan?
pastu kalau berkedut ke ape, orang tak perasan sangat sebab kite belit belit dan belit die banyak kali so kalau kedut setakat 5 inci tu tadek masalah.

tudung biasa/tudung bawal.
tudung yang memang klasik habes ni tetap tak tenggelam walaupun macam-macam fesyen tudung baru ade sekarang.
yang paling tepat untuk tudung ini adalah SELESA :)
tapi agak leceh sebab kne iron betul2 pastu kene "tiup tiup"
rasa selesa sebab leher korang tak terbelit-belit dengan tudung
and takyah risau sesuai tak ke tak pakai tudung ni.
sebab semua jenis bentuk muka sesuai pakai tudung bawal/tudung biasa ni :)

so the best tudung so far is tudung bawal la kot.


ade satu jenis fesyen tudung yang sy nak try pakai.
tudung syria!
macam syafika pakai.
psst..die dah ajar cara pakai tudung syria ni supaya tak nampak bulat.

tapi sekarang belum ade inner cotton lagi. balik malaysia nnt nak beli la :D

si syafika
dah2,jangan tenung die lama-lama
nanti ade orang marah :p

RESEPI AYAM GORENG PANDAN

*sorry gambar buruks..pakai camera hp je T_T*


hye! mood nak share resepi campak-campak ala nadhirah datang lagi.
kali ni kite campak-campak ayam pula ye.
nama resepi macam gempak tapi tahukah korang resepi ni sangat mudah bin senang?
kalau tak caye,meh kite cuba same-same.

bahan-bahan yang diperlukan :

ayam yang dah dipotong-potong
1/2 sudu teh garam -- jaga kesehatan!
1 sudu teh kicap inggeris
1 sudu teh kicap masin
daun pandan

cara-cara :

1. campurkan kicap inggeris,kicap masin dan garam.kacau hingga garam larut.

2. gaulkan ayam dalam campuran tadi. biarkan 30minit. taknak tunggu lama-lama pun takpe.

3. ambil 2 helai daun pandan, sambungkan hujung hingga membentuk huruf L

4. letakkan potongan ayam di atas sambungan tadi pastu korang putar-putar daun pandan sehingga menutupi seluruh ayam kemudian ikat.

*pandai-pandai la korang putar asalkan ayam tu betul-betul terbungkus supaya masa goreng nanti tak tercabut.

5. ulangi hingga semua ayam terbungkus.

6. goreng itu ayam! wallaa~~ siap :D

BILE SATU RUMAH PAKAI BLACKBERRY

bile SATU rumah pakai blackberry..
rumah jadi bisu..
the only suara yang terdengar adelah bunyi notifications,
and bunyi keypads.
or maybe bunyi TV,
tapi bukan kitorang yang tengok TV,
TV yang tengok kitorang..
autism but we love each other.hehe.

inti entry ini adelah ingin mengucapkan WELCOME TO BB WORLD to my beloved housemates! fren and aulia. :D

and to irah jugak

Tuesday, October 12, 2010

12 oktober 2010

hari ini dalam sejarah. 12.10.10.. date yang takde la cantik mane pon. tapi harini penting bagi sy. hari ini saya judisium a.k.a tahu result setelah 5 tahun menempuhi penat lelah sebagai seorang medical student.

harini starting die sangat tak best. di pagi hari sy berdebar tak hengat,seram sejuk,muke masam kalah cuka yang dah expired,nak senyum pun rasa berat macam ade lori 10tan tersangkut kat pipi. ye, itu la yang akan terjadi bile ko tak berapa confident lulus, bile bende yang paling ko ingat is betapa tergagap-gagap nye ko mase oral exams dan betapa kosongnye paper ko mase exam bertulis. alhamdulillah sy Islam..tawakkal dan selawat,lame-lame macam cool down sket :) Allah knows best.

PASRAH

cool-lah-sangat until judisium start. The doctor start panggil nama, one by one. 2 kemungkinan sahaja, lulus?atau tak lulus? phew susah oo nak control emosi. HAKU NANGIS ok!!bongek,belum ape-ape dah nangis.ishk,emosi jugak nadhirah ni ye. 5 tahun beb sy belajar kat Indonesia. kalau korang kat tempat sy, u'll understand why sy sudah tidak sabar lagi untuk mengangkat kaki dari sini.

ALHAMDULILLAH

it turned out..sy lulus.alhamdulillah. walaupun usaha tak seberapa dan tak rajin macam orang lain. memang Allah bagi peluang sy buat umi and ayah happy harini. :( lepas ni nak rajin laaaaa.berubah please nadhirah.
i'm glad most of my friends pun lulus. kepada yang belum lulus, itu hanyalah success yang tertunda. semoga nanti pelantikan(convo) same-same.
congrats Dr hiziani,Dr Nadia,Dr izyan nadirah,Dr siti auliana,Dr adlina,Dr jaya,Dr zalini, Dr ummu salamah, Dr suriani, Dr nasyrah, Dr Shaheera, Dr Hazri.

and to my beloved groupmates : Dr widriantari rosyamar, Dr bayu prabowo, Dr indah sari, Dr arif rahman, Dr shohibul jannah. mereka yang banyak membantu dalam susah dan senang waktu Dokter muda. :')
this is not the end. it's the start of something better *petikan twitter irah*
banyak lagi yang nak kena pikir pasni. H.O yang scary, nak kene tukar terms from indonesian/latin to english lagi :( caiyokkk my friends!!

terima kasih terutama sekali sy tujukan kepada patients Soetomo Hospital. the best teacher ever! kalau keje bace buku je or hafal mati skali pun kalau takde patients tu,ape yg dibace tu takde guna jugak. patients kat sini tak kedekut, rela je diperiksa oleh dokter muda. they even anggap kitorang macam dokter betul2. yeah kadang-kadang stress jugak nak handle patients yang bermacam-macam ragam ni.but come to think of it,that's fair enough :)

the lectures and doctors..who've been extra sabar dan tak bosan mendidik kitorang. mencurah-curah ilmu diorang nak share. tapi kadang-kadang ape yg diorg ajar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri(saya sorang je kot). hehe. thank u docs!

my parents,family. tempat mengadu domba. kalau happy, stress, sedih.. bile call rumah kat malaysia semua masalah hilang :') thanks for the support,doa and everything!

BFF,friends... bertahun-tahun kat sini.and i'm glad bile belajar jauh berbatu-batu dari family ni kite akan sedar yang friends la keluarga kat sini. lama-lama u'll realize true friends is all u need to get thru with everything :) thank u friends.u know who u are.

asyraf elmiza ahmad :) *blush* i dont know what to say.u've been such an amazing guy. i'm lucky to have u.

panjang lebar karangan kali ni.today's wonderful.from now on,bermula lah chapter baru.

so,HYE CHAPTER BARU,be nice to me :)

Monday, October 11, 2010

RESEPI DAGING GORENG


ni resepi campak-campak ala nadhirah.
sangat sesuai untuk dimasak kalau korang dalam keadaan kebulur dan perlu memasak sesuatu dengan pantas. tapi korang jangan la campak kuat-kuat sangat. kang tercampak keluar segala bende dalam kuali tu.
ok lets campak-campak!

bahan-bahan yang diperlukan :

- 500gram daging yang sudah dihiris
- garam dan kunyit secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
- 1/2 biji bawang besar - dihiris
- cili - dihiris

cara-cara :

1.gaulkan daging dengan garam dan kunyit. garam takyah taruk banyak sangat. sila jaga kesehatan! :)

2.panaskan kuali, masukkan daging yang dah digaul dengan garam+kunyit tadi dalam kuali TANPA MINYAK.
*boleh taruk air sikit je, jangan banyak-banyak sebab nanti air daging tu keluar jugak kan*

3. tutup kuali. biarkan seketika sampai daging masak/air kering.

4. bile daging dah masak, masukkan minyak kemudian masukkan bawang besar dan cili.

5. kacau-kacau sikit..then SIAP!

sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan kicap.
simple tapi puas! :)

FORENSIC

gambar-gambar mase posting kat forensik with my groupmates.
group yang takkan saya lupakan.
dalam susah dalam senang :)
i lebiu ols!





aik??kenapa takde gambar bersama buku??

ANAK BERUANG

saya yang muke berminyak dengan tudung selebet bersama anak beruang


harini dapat anak angkat baru, si beruang yang sampai sekarang takde nama lagi.
gedik ek soft toys pon nak bagi nama. SUKE HATI la :p
saye takde pets kat Surabaya.
orang lain bela kucing kite bela soft toys je la T_T

terima kasih jantungmanis!
awak memang manis, nak pengsan dah dengan kemanisan awak.

Tuesday, September 21, 2010

VASELINE!!

my dear bakal-adik-ipar ines mariel has invited me to join the Vaseline are-you-moist-enough contest,which i must admit a very tempting contest *talking about the prizes* :D
how sweet...

but ines dear,i wish i could come out with a great idea like yours but my brains are not working very well since the 1st day of raya.i've been stuffing my body with too many food, all the oxygen and blood are focusing on digesting the food rather than supplying the brains :p

GOOD LUCK babe!

p/s : nak chocolate cookies!solihin kate sedap gile


Sunday, September 19, 2010

ONE MALAYSIA

i love the concept..malaysia is well known as the melting pot of various races. melayu,chinese,indians,the ethnics from sarawak and sabah,etc.
but a public holiday for 1 malaysia? or the "national day" as the newspapers claimed?
hurm...dont get me wrong, I love holiday.the fact that malaysia has added another public holiday to its calendar is actually great.
but isnt it a bit too much?

SPLENDID SYAWAL

assalamualaikum everyone :)
it's not too late to wish all of u my beloved friends a SELAMAT HARI RAYA.
i'd like to take this opportunity to apologize to everyone for all my wrongdoings and for each and every harsh word i said verbally or wrote here.maafkan saya...

after 2 years of not celebrating HARI RAYA in Malaysia, i must say that this year's is one of the greatest RAYA(s) ever..mind u,i still get to collect DUIT RAYA ok. not so much but enough to get me a pair of new shoes.hehe.

what makes the raya so special is that i'm officially free from the hectic schedule; rotating as DOKTER MUDA.alhamdulillah..at least for the moment lah since the result's not out yet.screw it, i deserve this holiday!hehe. i'll follow the 2nd judisium which i heard will be on 8th october.i dont really put a high hope on passing everything with flying colours though.

well..ayah,umi and adik2 are all doing great,wearing dark purple this year -- takde orang bagitau kaklong ponnnn :"(
most of my cousins balik kampung this year and attack Mok's house. it feels great to catch up with all the cousins and mok's still healthy and energetic as usual :) sayang mok!

arina aliaa datang beraya di rumah saya(LOVE U!) :) and we went beraya together with a.wan,arif,abu and pali to kak nurin's wedding,arif's house and chun's house..
the raya is even more special because i get to meet my so long lost kelips; haizum and she! :D they came all way from terengganu ok..and of course my beloved kelips yang lain,dieyla,add,syusyup and tatiey. as usual izyan celebrates her raya at KL.


andddd...the raya is super duper special because asyraf and his family (dad,mom and abang aja) came all the way from batu pahat to BERAYA with us in kota bharu..on behalf of my family and mok, i'd like to thank uncle,makcik,abg aja and asyraf for coming..sorry for any inconvenience, hope semua happy and please come again :)

and that's my raya :) how bout yours?

p/s : i really want to share my family's raya pic but the internet speed is killing me T_T ok maybe next time

Monday, August 23, 2010

HAPPY BIRTHDAY ASYRAF ELMIZA



i claimed myself tidak sweet in the previous entry.
tapi sy takde la sekejam itu :p
just for the record,i need to post about this.
btw, HAPPY BELATED BIRTHDAY ASYRAF ELMIZA! (20/8)
my dhemokusaurus,melove :)

on 21st of aug sy telah buat surprise kpd jantungmanis kat court volley campus A.
with the help (and idea) from yasmin and support from nadia raffela, sy berjaya menjadi agak sweet haritu.
everyday jantungmanis main volley kat campus with his friends.
yasmin, who's one of the volley addicts gave me the idea. and i was like,why not? :)
bawak bihun goreng *nyum2*
dan sebijik chocolate cake yang dibeli di breadtalk *bukan bake sendiri :(
pastu berbuka ramai2 ,alhamdulillah :p

HAPPY

23 august 2010

i had a bad day.
in the morning when gastritis stroke.
in the afternoon when class were too boring. *seriously!*
in the evening when my head and body suddenly ached that i felt so weak.

then i went out with u.
it's your-birthday date. belated it was.hehe
it went ermm...simple,as usual.
but i can see that u were happy even with my super minim sweetness.
no plan,no box full of tissues with a watch hidden in it,no card.
but u were happy.

then i realized that today is not bad at all.
thank u so much for always making me feel this way.
thank u for being happy.



Sunday, August 15, 2010

make me feel better...

because feeling safe and loved are all a woman can ask.


it matters,my dear..

Wednesday, July 21, 2010

AMAZING PEOPLE





untuk sesuap makan

NAK JERIT KUAT-KUAT BOLEH TAK??

1........2.......3.................. sile tutup telinga,sekarang!


AAaaAAaaaaAaAaAaaaaaa~~~~~!!!

*macam la boleh dengar*

begitulah sy post-exam.dah mule jadi annoying balik ;p

alhamdulillah. lega betul.
walaupun tak cemerlang macam orang lain, sy sangat lega.
serious tak kesah,yang penting DAH HABIS!
sekarang baru rase macam berpijak di bumi yang nyata.
saye dah habis exam internal medicine taw taw.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

haaa! tu kan.. jerit lagi jerit lagi.
ok nadhirah stop.
kecoh betol nak bagitaw semua org die dah habis exam.

tapi serious hari-hari sebelum exam tu,
makan tak kenyang,tidur tak nyenyak,hati tak tenang..
boleh tak sehari sebelum exam saya study sambil nangis?
betapa stress nye jadi medical student ni.
sebenarnye kalau tak study last minute macam budak ni *ehem2 saya la budak tu*,
mungkin tak panic attack macam ni.

taktaw la berapa tahun saya nak buat azam NAK JADI RAJIN.
every year kene buat azam tu sebab selalu tak jadi.
ok,forensic will be my last rotation.
di situ lah satu-satu nye peluang untuk jadi rajin dari awal.
*tibe2 rase macam menipu diri sendiri nak rajin waktu forensik* -- ok fine!

pagi tadi,awal gile saye pegi hospital.pukul 5 pagi ok!!
taktau ape motif pegi hospital awal2.
konon nak round wards and tengok2 patients baru.
tapi tak pon. duk menenggek je depan department interna tu.

pukul 7.30 cabut undi.
sy dapat interna wanita.
dalam hati "yay! paling dapat case diabetes,chronic kidney disease or cirrhosis"
kepada juniors sekalian,jangan sesekali anda bongkak dan sombong macam sy.
walaupun just berkata dalam hati,tapi tetap je kene bad luck tu.
guess whut??
my case was SLE!! sebegitu jarang case SLE,kenape keluar hari rabu??
and kenapa sy yg dapat??!
takpe la,pasrah je. therapy pon tunggang langgang.
examiner pulak pakar rheumatology.
mantap bukan?

menangis air mata darah sambil tunggu examiner datang.
eh,tak tipu taw,sy betul2 nangis.tapi tak keluar darah la.
*gediknye,sekarang rase macam nak lempang diri sendiri*

but it went quite well. not great but nasib baik la Dr tu suke tanye physical examinations.
phew~!
pastu die tanye "indonesia raya" about penyakit lain jugak.nasib baik.
kalau die serang sy dengan SLE sahaja,memang marks hilang sia-sia kot.

but all in all,
saya lega.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH.

Monday, July 19, 2010

CONTEST MATA MENAWAN

tadaaaaa..
kan saya dah cakap. musim exam mule lah tangan menggatal nak update blog.
otak yang sememangnya tak tepu ni dah mule protest.
"even setiap mase menghadap buku pun,kalau kemampuan otak memang takat ni je,
takde gune jugak" *percubaan self-defense*
eh korang jangan ikut sy. sebenarnya makin banyak bace,makin banyak dpt ilmu.
tapi kene la kasi itu otak rehat sekali sekala.kang die mogok waktu tgh ujian cane?
tibe2 die pegi tutup lampu a.k.a blank,mau terkencing depan Dr nanti.

sekian muqaddimah untuk entry kali ini.
*kalau dah malas tu ngaku je la cik nadhirah*

hari ni sy jalan-jalan cari pasal.
pegi singgah dan terjah blog orang.
sampai la terhinggap kat satu blog ni...

ade contest mata menawan. *sambil kenyit2 mata,budget mata menawan la konon*
hadiah die contact lens.waahhh..terpakse join la kan sebab sy memang dah lame tak beli lens.
plus,mata sy kan menawan *buat mata menawan lagi* --> ok,jangan lempang sy.

ok,saya mulai.

1. jadi follower http://fatencumyl.blogspot.com --- DONE!
2. pastikan SATU gambar shj! --- DONE! sile tengok kat bawah.
3. pastikan nampak mata anda -- DONE! alhamdulillah sy masih ada kedua belah mata.
4. letakkan banner contest kat side bar --- DONE! sile tengok tepi
5. tag minimun 2 orang

yes, saya tag anda dibawah ini :

arina aliaa
ashikin

amar amirah

izyan nadirah

alyn nadya
ain yern

saffy

a.k.a mereka2 yang rajin hapdet blog :p


gambar mata menawan saya (hahaha) :


satu orang.
nampak mata.
JANGAN EJEK!!

thank u fatin for viewing.
:)

Wednesday, June 30, 2010

is black coloured?



got this from Dinda's blog :

This poem was nominated by UN as the best poem of 2006.
Written by an African kid.

When I born, I black..
When I grow up, I black..
When I go in sun, I black..
When I scared, I black..
When I sick, I black..
And when I die, I still black..

And you white fellow,
When you born, you pink..
When you grow up, you white..
When you go in sun, you red..
When you scared, you yellow..
When you sick, you green..
And when you die, you gray..

And you calling me colored?

NAK OLE-OLE DARI INDONESIA?







Perhatian perhatiaaan..
i'm going back this 24th July.
kepada sesiapa yang nak beli kebaya, sile buat tempahan secepat mungkin.hehe
boleh sy post from malaysia.jimat sket postage :)

limitted yer :p


visit http://marimelaram.blogspot.com