Wednesday, November 24, 2010

LESEN MEMANDU SAYA

iklan kata berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

saya kata sebelum berhati-hati di jalan raya, silalah berhati-hati dengan lesen memandu anda.
sebagai pelajar yang belajar kat oversea-lah-sangat kan, terlupa nak renew lesen tu bende biasa.
dulu lupe nak renew sebulan dua sahaja. tapi yang latest punya lesen dah expired selama 2 tahun 3 bulan. lama gila! korang jangan nak tiru.
lesen dah tinggal kat ayah dah tapi lupa nak remind untuk renew.
padahal saya belajar kat indonesia je pun. balik setahun 3-4 kali. cuti pulak pernah sampai 2 bulan lamanya. tapi lesen tak renew. *ketuk kepala*
dengan selamber badak saya kehulu kehilir drive kereta. oh insensitie betul lah saya ni. nasib baik tak pernah kene saman mase tu.

kalau bukan sebab bestfriend saya si azran shariman, sure saya masih berlengah-lengah malas nk renew. haha..tak faham betul dengan diri sendiri.
azran kate ade kawan dia yang belajar kat oversea, lupe nak renew lesen selama 3 tahun dan kawan die kene start balik belajar drive kereta,test JPJ siap dengan exam undang2 skali. omaigad!!
tapi die tak sure batas 3 tahun or 2 tahun. kalau 2 tahun,sah2 saya pon kene macamtu T____T
menggeletar macam nak tercabut kepala lutut mase tu. haaa..baru taw!padan muke sendiri!
pasrah sepasrahnye.

so pagi tadi saya buat muke pasrah pegi JPJ. *naseb baik JPJ dekat je dengan rumah*
oh ye,pegi JPJ drive sendiri pulaktu. pastu parking jauh-jauh sebab takut.
kang kalau tak boleh renew lesen, orang JPJ tanya datang sini naik ape, takkan saya nak jawab drive sendiri kan. kang kalau kene masuk lokap macam mana? *melebih sudah*

ok lah,saya masuk dalam bangunan JPJ, amek number, tunggu 10 minit..

"nombor 1175 sila ke kaunter 3"

dup dap dup dap.

sampai kat kaunter..

"makcik, saya nak renew lesen. tapi lesen saya dah expired 2 tahun"

makcik tu buat muka selamber.

"awak belajar kat mana?"

"saya belajar kat indon"

"haa..nasib baik baru 2 tahun.kalau 3 tahun kene test JPJ lagi tahu tak"

"err..ye saya tau" - padahal baru tau.YES!YES!!melompat-lompat dalam hati sebab tak perlu test JPJ balik.

phew...nasib baikkkk ok! so kepada anda yang membaca entry ini, jangan lupe untuk renew lesen anda.
kepada yang study kat oversea, saya sarankan korang renew untuk 5 tahun terus. tak payah nak pening kepala.
kepada yang insensitive dan tidak takut kepada undang-undang,(seperti saya dulu) sila bertaubat. huhu.alert dengan keadaan sekeliling, alert dengan lesen memandu dan semua bende2 berharga anda.

last but not least, berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang

untuk soal jawab pasal JPJ, boleh klik kat sini
untuk yang lupe renew lesen lebih dari 3 tahun, sila terus klik kat sini

2 comments:

:+:+: Ashikyn :+:+: said...

nad stinky! kalau u lmbt nk renew nnt kene amek test lagi! rase2 kes ni pernah berlaku kt bdk surabaya. tapi siapa ye..hehe...

nsb bek da renew. xoxo!

nadhirah mohd shakri said...

yeke??ade budak surabaya pernah kene eh? tu la,scary :p i tak buat dh pasni.ehehe