Wednesday, November 24, 2010

TAIWAN

amaran : entry ini mengandungi banyak gambar

lame sungguh nak produce entry baru. harini kite buat sesi marathon.
tak mampu nak lari full marathon, buat entry secara marathon pun ok ape. atau mungkin DVD marathon? shopping marathon? movie marathon? marathon makan? *sudah mulai kurang suiman*

nak share cerita sy,umi and adik ke Taipei,Taiwan minggu lepas.
sangat best sebab ni la first time pegi negara belah timur.excited??HARUSLAH!
tapi tak boleh nak excited lebih sebab pegi sana bukan untuk holiday semata-mata
ataupun untuk makan segala angin yang ada.
umi ade seminar, jalan-jalan pun kat area Taipei City sahaja.
tapi ok la tu, orang kate sambil menyelam minum air.orang yang kate eh,bukan nad kate.
gila tak best minum air mase menyelam.
nasib baik trip menyelam-sambil-minum-air kitorang ke Taipei haritu best.

kita mulakan dengan cuaca. biasa sahaja, around 18-22. saya sangat alergik dengan kesejukan dan kepanasan yang melampau. i repeat,yang melampau.tidak suka dan tidak tahan. 18-22 is just nice! :)

Taipei city agak lengang mungkin sebab tak banyak orang dan jalan-jalan kat sana luas.
kalau jalan-jalan kat sana tak payah nk risau terpijak ludah,hingus dan sewaktu dengannya sebab Taipei city sangat bersih.
bak kata umi, lagi bersih dari Birmingham! dog poops pon takde.
dan satu benda yang sangat obvious adalah, orang sana suka pakai scooter. comel-comel pulak tu. macam nak culik bawak balik malaysia satu.err..macam la kat malaysia takde scooter comel :p


baiklah, tempat-tempat yang wajib anda singgah kalau pegi Taipei adalah 101 tower (of course), night market, The eye of taipei, flora expo (until april 2011 sahaja), night market, Wufuyan wholesale market, dan lain-lain *tak sempat nak explore sebab pegi kejap sangat*

best shopping kat sana, nak nak kalau pegi market tu, macam-macam ade.harga berpatutan la.
tapi yang tak berapa bestnye, susah nak cari souvenirs macam keychain, baju i love taiwan, bende-bende kesenian taiwan,etc.
kalau nak beli bende-bende macamtu, i strongly recommend beli kat airport je,banyak!

everyday pegi 101 tower sebab betul-betul kat belakang hotel.
same macam KLCC, kat bawah tu ade 101 mall. and macam kat KL tower, kat atas tu ade observatory dan restoran berputar.
kalau pegi mall 101,hanya mampu window shopping sebab mostly semua labels yang tak mampu nak beli.
dan haritu hilang skill untuk membodek umi :(

public transports..not bad.taxi dimana-mana. petik jari 10 taxi datang.

dan perkara yang paling penting, haruslah tahu basic bahasa mandarin.
at least perkataan-perkataan yang penting sebab orang taiwan, MOSTLY tak boleh cakap english. bukan setakat english, ABC pon diorg tak boleh baca T_T
kalau nak kemana-mana, ktrg mintak tolong orang hotel tuliskan dalam bahasa diorang.
pastu masuk taxi, tunjuk je tulisan tu.
kalau pegi market tu pandai-pandai la buat muke comel kalau penjual duk bantai cakap mandarin ng korang
walaupun dan berbuih mulut cakap "i dont speak mandarin,can u speak english?"

oh ye, mesti ade yang tertanya-tanya pasal makanan halal. kalau pegi China maybe senang sebab banyak muslim.
kat taiwan susah sket sebab tak banyak muslim. kitorang dah prepare dgn roti,megi,biskut yang kitorang bawak dari malaysia dengan harapan nak survive 4 hari dengan makanan tersebut. oh tidak mungkin. lagi-lagi perut saya yang semamangnya "perut nasi" ni. tak tahan. tak boleh . 2nd day dah mintak tolong hotel carikan restaurant halal dan jumpe lah restauran Aaleeja.
paskistani and indian food. nasib baik sedap! :D

sekarang part yang paling best, cuci mata!






susunan gambar yang sangat random sebab malas nak edit-edit.
enjoy~

No comments: