Tuesday, December 28, 2010

INTERVIEW SPA

entry untuk kenang-kenangan di hari tua.

4 januari 2011 ada interview SPA.
nervous dalam hati. dalam hati je la sebab tu sampai sekarang belom study lagi.HAHA
common medical cases pon belum sentuh lagi ni.dush dush *hantuk-hantuk kepala kat dinding*
pengetahuan am pulak macam nyawa-nyawa ikan je. hari-hari bace newspaper tapi terus pegi kat bahagian hiburan, tengok gossip artis tu artis ni. ishk ishk..

ok sy cuba pegi study sekarang

Monday, December 27, 2010

SAYA SUKE BATIK TERENGGANU

wallaaa...
punyalah planning nak holiday kat india la,brisbane la..tapi last-last cuti cuti malaysia jugak.
kite haruslah berbangga menjadi warganegara malaysia *tolong kasi laser sket*
orang negara lain punyalah nak holiday ke malaysia, yang bukan holiday pun ade.sampai berjuta-juta warganegara asing melancong dan melencong ke sini. *laser lagi plis*
balik kepada pangkal jalan, cuti-cuti malaysia adalah best taw!kenapa?

pertama,sebab tak perlu nak pegi usha rate duit

kedua,tak perlu nak belajar basic language negara lain

ketiga dan yang paling penting, JIMAT!!
uish kalau bab jimat cermat ni memang suke la kan.

mule-mule nak ikot arina aliaa si BFF pegi brisbane. tapi mengenangkan sekarang summer(but i believe weather kat sana still best) and takot rushing dengan interview SPA,terpaksa la sy cancel. lagipon ayah bukan main semangat lagi ajak pegi Bangalore.

ok,macam confirm la kan nk pegi Bangalore haritu.anyways, adik saya Nabihah study kat sana. die pon amek medic,still in 3rd year. nabihah sanggup tidak pulang ke tanah air walaupun rakan-rakan serumahnya berpusu-pusu pulang ke Malaysia. semua itu semata-mata kerana family nak datang holiday ke sana.berikan tepukan gemuruh untuk adik saya.
ok sekarang background music bertukar menjadi sedih.. disebabkan planning nak pegi india sangat last minute, dengan parents yang workaholic dan saya yang pada waktu itu masih terperap dengan masamnya di Surabaya, dan kami HARUS berada di Kota Bharu pada 27 disember 2010, maka kitorang putuskan tidak jadi pegi India T_____T
macam terlalu mepet(baca: rushing) dengan visa tak buat lagi.
adoy...memang sedih betul.bukan sedih tak dapat pegi India..sedih tak dapat jumpe my sister.

I CAN HARDLY REMEMBER WHEN WAS THE LAST TIME I SAW HER!
bukan cubaan untuk menjadi artis sinetron ye,itu kenyataan.
nasib baik ade gambar, jadi kaklong masih ingat muka adik kesayangan.ok,yang ni drama queen.

begitulah kronologi pokok pangkal cuti-cuti malaysia kitorang.

destinasi yang terpilih : TERENGGANU!
yang pegi : umi,ayah,me,aisyah,amin,nasyitah and amirah


memang dekat. 3 jam sahaja.puas hati betul pegi Pasar Payang (my first time)
banyak betul batik kat sana. rambang mata yang tak rabun ni.
kitorang duk kat felda hotel and then primula resort.
menikmati suasana pantai,makan seafood and keropok terengganu.
tapi sedehnye dok dang makang ice cream goreng! ;p

nak cakap pasal batik terengganu lagi. design die lawa-lawa ooo.. yang kat patung apetah lagi kan. memang aritu beli yang kat patung je. pandainye tuan kedai taruk yang cun-cun kat patung
T___T *melirik ke dompet*

batik malaysia memang the best. batik kelantan pon cantik-cantik. tapi maybe sebab selalu sangat tengok, jadi rasa macam kurang teruja sikit. kadang-kadang tak faham kenapa orang luar berpusu-pusu beli batik kat pasar siti khadijah. maybe itulah perasaan orang terengganu melihat sy begitu teruja dan semangat masuk ke setiap kedai di Pasar Payang, pegang setiap kain kat patung sambil air liur meleleh nak cecah lantai dah. bile tengok harga pulak,cepat-cepat jauhkan diri dari patung-patung tersebut. eh, kene jauh-jauh.kalau tak pegi main jauh-jauh, botak kepala..bukan kepala sy tapi kepala ayah sy ;p
anyway, nak bangga sekejap. berkat 2 tahun belajar kat MRSM Kota Putra Besut, sy agak fasih jugak la berbahasa terengganu. ececehh..tu bagi sy la, bagi korang orang terengganu sy tataw la.jangan-jangan macam orang somalia nak cakap thailand bunyinya. oh whutever, yang penting mase shopping kat pasar payang,sy berjaya menawar setawar-tawarnya sampai makcik kedai tu buat muka nak nangis.hoho maap makcik..sy ambil jugak kan kain tu..olololoo. semoga kedai makcik manis manis selalu ;p

terima kasih Pasar Payang. nanti sy dan adik-adik datang lagi.

dan terima kasih ayah umi sebab bawak pegi jalan-jalan.
ayah umi sy busy taw jadi haruslah berterima kasih sangat2 sebab diorang amek cuti :)